Mini-Kalendar

September 2010 October 2010
Su Mo Tu We Th Fr Sa
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

Government Links

Government Applications


Email

Newspapers

Pertandingan Ekspo Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2010 (i-INOVA'10)

Print PDF
There are no translations available.

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menganjurkan Pertandingan Ekspo Inovasi Islam Kebangsaan (i-INOVA'10) yanag akan berlangsung pada :

Tarikh : 26 - 28 September 2010

Tempat : Stadium Tertutup Nilai, Nilai, Negeri Sembilan

Program ini berbentuk pameran dan pertandingan produk inovasi islam dan rekacipta untuk penyelidik IPTA/IPTS serta Institusi penyelidikan dan individu bertujuan menghimpunkan dan mengenengahkan produk inovasi islam hasil ciptaan penyelidik Malaysia. Kepada semua pegawai dan guru pendidikan islam digalakkan menyertai pertandingan ini dan sesiapa yang berminat boleh melayari http://www.usim.edu.my/i-inovasi untuk keterangan lanjut.

Read more...

Ihya Ramadhan KPM

Print PDF
There are no translations available.

PROGRAM  IHYA’ RAMADHAN KPM 1431H /2010

Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan adalah seperti berikut :

1. Tadarus al-Quran

*   Dilaksanakan 30 minit pada setiap hari bekerja sepanjang bulan Ramadhan oleh semua Bahagian dalam KPM

2. Majlis Khatam al-Quran dan Iftar KPM

*   Dilaksanakan pada 02 September 2010/Khamis bersamaan 23 Ramadhan 1431H

3.  Bicara Wahyu sempena Ihya’ Ramadhan

*   Dilaksanakan sebanyak 4 kali sepanjang bulan Ramadhan

4. Tazkirah Ramadhan

*   Dilaksanakan pada setiap pagi Jumaat sepanjang bulan Ramadhan

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan!

Print PDF
There are no translations available.

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan!

TABIR Syaaban hampir berlabuh. Berlalu meninggalkan hari-hari yang penuh berkat dan diberkati. Alhamdulillah, Ramadan pula hampir bertamu bersama keberkatannya yang melimpah ruah dan tidak terhingga.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa meletakkan keberkatannya pada apa sahaja perkara yang dikehendaki-Nya. Maka Ramadan telah dipilih-Nya untuk menerima antara curahan terbanyak keberkatan itu untuk diambil manfaat oleh sesiapa yang dipilih untuk mendapatkannya. Sebagai antara ikhtiar kita untuk digolongkan dalam golongan terpilih ini, marilah kita mempersiapkan diri menyambut Ramadan dengan menghimbau kembali makna dan martabat bulan yang mulia ini.

Read more...

Karnival Inovasi Islam 2010

Print PDF
There are no translations available.

Bahagian Pendidikan Islam sedang menyertai Karnival Inovasi Islam anjuran JAKIM bertempat di Masjid Tuanku Mizan Putrajaya pada 5 hingga 8 Ogos 2010. Dalam karnival tersebut, BPI mengenengahkan lapan orang inovator terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam seluruh negara. Inovasi yang akan dipamerkan dalam karnival selama empat hari itu ialah;

1. Portal E-Pendidikan Islam (KHAIRUL ANUAR B RAMLAN)

2. Khatboard (ABD WAHAB B KHALID)

3. Doktor JAWI (ABD MANAN BIN ALI)

4. Modul TAJFAZ (AYOB B MOHD ALI)

5. Solatku Yang Istimewa (NORASMAWATI BINTI ISMAIL)

6. Mesin Debu Tayammum (MOHD HANG TUAH B ISMAIL)

7. i-MIS (MOHD HAFIDZUDDIN B MOHD MAAROF)

8. Panduan Celik Bahasa Arab (M MOHD ALI YUSNI B MANSOR)

Karnival bertemakan “Inovatif 1Malaysia 1Ummah” itu akan dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran.

Semua warga pendidikan dijemput hadir memeriahkan karnival. Maklumat lanjut serta Aturcara Karnival boleh dimuat turun di laman web berikut;

http://www.islam.gov.my/portal/pdf/2010/julai/karnival_inovasi.pdf

Links

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Pertanyaan Status Bayaran
Sistem Pengurusan Bantuan SAR KAFA
Portal Rasmi HRMIS
e-perolehan
Portal Kementerian Pelajaran Malaysia
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
MAMPU
MSC
Biro Pengaduan Awam
Sistem Pertukaran Guru
Your ad here

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras Bawah & Aras 2,
No. 2251, Jalan Usahawan 1,
63000, Cyberjaya, Selangor

Firman Allah / Hadis

"

Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk.

"

(Surah Al-Baqarah 2: 155-157)